بسم الله الرحمن الرحمن الرحم
Walau apapun latar belakang manusia di dalam dunia ini ianya bermula daripada seorang guru. Doktor, peguam, jurutera, perdana menteri dan sebagainya terhasil daripada didikan guru di sekolah. Guru ibarat matahari yang sentiasa berkhidmat untuk menyinari bumi ini. Tidak sesaat pun ianya memberhentikan fungsinya untuk berkhidmat kepada seluruh kehidupan di muka bumu ini. Begitu juga dengan guru yang sentiasa mencurahkan ilmunya kepada anak didiknya supaya menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Tiada benda yang paling manis buat seorang guru dengan melihat pelajarnya berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun profesion perguruan sekarang tidak lagi dipandang tinngi oleh masyarakat. Mereka menganggap guru sebagai seorang yang hanya mendidik dan tidak perlu dihormati. Inilah realiti yang berlaku pada dunia sekarang. Guru tidak lagi dihormati, guru dihina, dan sebagainya.Dimanakah silapnya? adakah silapnya pada sistem pendidikan yang berbentuk exam "oriented"? Jika kita meneliti falsafah pendidikan kebangsaan sendiri ianya bermatlamat untuk menghasilkan insan yang sempurna dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Berdasarkan kepada falsafah pendidikan kebangsaan, masalah pelajar yang kurang ajar, melawan kata guru, masalah sosial dan sebagainyatidak akan berlaku kerana matlamat pendidikan sendiri adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari keempat-empat aspek tersebut. Maka dengan itu, hendaklah kita menganalisa kembali apakah punca sebenar perkara ini berlaku.....
wahai anak didiku...
tiada apa yang kami harapkan kepada kalian
melainkan kalian menjadi manusia yang berguna
dengarlah rintihan guru mu
yang menagih perhatianmu semasa belajar,
kerajinanmu dalam membuat kerja, semangatmu dalam menuntut ilmu
agar kalian semua menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti..
dan kalian mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.....

0 ulasan:



Catat Ulasan